Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

214) TIKUS YANG BERKELIARAN

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah usaha agresif yang telah sukses bagi membanteras tikus-tikus berkeliaran ini?

    Antara usaha agresif yang di ambil oleh PBT Negeri Selangor dalam menangani masalah tikus adalah seperti berikut:-

    1. Operasi kawalan tikus secara berjadual menggunakan racun dan memasang perangkap di kawasan komersial,medan selera, restoran, kedai makan, dan tapak pembuangan sampah di sekitar taman perumahan;
    2. Kempen kawalan tikus yang melibatkan penduduk setempat;
    3. Menjalankan kempen kebersihan;
    4. Memasang perangkap dan juga aktiviti taburan racun di tempat tumpuan awam seperti kawasan pasar awam dan rumah kedai;
    5. Kempen kesedaran kepada penduduk dan peniaga.

Lampiran

Tiada Lampiran.