Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

144) TINDAK BALAS KERAJAAN NEGERI BERKENAAN DENGAN BANTAHAN PENDUDUK TERHADAP PEMBANGUNAN KONDOMINIUM 31 TINGKAT DI TAMAN SERI SERDANG

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindak balas Kerajaan Negeri berkenaan dengan bantahan penduduk terhadap pembangunan kondominium 31 tingkat di Taman Seri Serdang?

     

    Merujuk kepada pelan susun atur yang disahkan oleh Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Selangor (Ruj JPBD/B9/1/99/PS bertarikh 15 Februari 1999 kategori penggunaan tanah untuk tapak ini adalah untuk kolam oksidasi seluas 12.43

     

    Tapak ini telah mendapat kelulusan menukar syarat nyata tanah dari tapak kolam oksidasi kepada perumahan, perniagaan dan tapak loji kumbahan najis melalui surat daripada Pejabat Daerah Dan Tanah Petaling bertarikh 26 Ogos 2009 bil (9)dlm.PTD.P.6/1750/09. Kelulusan ini diperolehi setelah mendapat semua sokongan jabatan teknikal termasuk IWK seperti surat bil IWK/C/SEL.009/99/132 bertarikh 29 Mei 2013.

     

    Tapak cadangan ini di daftarkan hakmilik HS(M) 4220 PT 11 sebagai tapak bangunan perniagaan dan kediaman yang dimiliki oleh pemaju Puritechno Sdn Bhd.

     

    Bagi permohonan cadangan pembangunan ini, pemaju mengekalkan tapak dan telah membina loji rawatan najis secara mekanikal seluas 0.94 ekar. Pembinaan bangunan baru loji ini bertujuan untuk menggantikan kolam oksidasi (terbuka) yang menimbulkan kacau ganggu kepada penduduk berhampiran seperti pencemaran bau busuk disebabkan mesin rawatan loji yang kerap rosak menyebabkan limpahan kotoran loji memasuki perparitan kawasan perumahan.

    Adalah    dimaklumkan,    berikut     merupakan    kronologi    kelulusan    bagi permohonan di atas seperti beri

    09 September, 2008

    Mesyuarat Jawatankuasa OSC bil. 15/2008 bertarikh 9 September, 2008 telah meluluskan permohonan Kebenaran Merancang untuk tujuan Penyerahan balik dan Pemberimilikan semula di bawah Seksyen 204D Kanun Tanah Negara daripada kolam oksidasi di atas PT 11 (HSM 4220) seluas 12.430 ekar Seri kembangan tersebut dengan mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

     

    1. 4 Ogos 2010

    Mesyuarat Jawatankuasa OSC Bil 15/10 yang bertarikh 4 Ogos 2010 telah meluluskan pengesahan semula Kebenaran Merancang setelah mendapat kelulusan Penyerahan balik dan Pemberimilikan semula ke atas PT 11 (Tapak Kolam Oksidasi) kepada bangunan perniagaan dan kediaman melalui surat sokongan dan kelulusan dari Pejabat Daerah Dan Tanah Petaling bil 11.dlm.PTP.6/1750/09 bertarikh 16 April 2010.

     

     

    • 3 Mei 2013

    Pemohon telah mengemukakan permohonan pindaan kebenaran merancang yang baru bagi permohonan ini dengan tidak terdapat sebarang perubahan pada komponen pembangunan.

     

     

    1. 7 Mei 2013

    Mesyuarat Jawatankuasa OSC bil 9/2013 bertarikh 7 Mei 2013 telah meluluskan permohonan ini dengan bersyarat. Surat kelulusan Borang C(1), Jadual Pertama, Kaedah-Kaedah Pengawalan Perancangan (AM) (SELANGOR) diberikan kepada pemaju.

     

     

    1. 6 Mei 2015

    Pemohon telah mengemukakan pindaan terhadap pelan susun atur yang telah diluluskan terdahulu melalui Borang B2 daripada Jabatan OSC

     

    1. 3 Jun 2015

    Mesyuarat Jawatankuasa OSC bil 11/2015 bertarikh 3 Jun 2015 telah meluluskan permohonan pindaan ini dengan mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

     

     

    • 2 Julai 2015

    Pihak Majlis telah menerima surat bantahan rasmi pembinaan pembangunan ini melalui surat dari perunding Alma Architects and Planners Sdn Bhd bil ALMA/KL/14/21/15/A20 bertarikh 30 Jun 2015

     

     

    • 7 Ogos 2015

    Taklimat bersama penduduk telah diadakan pada 7 Ogos 2015 di Dewan Serbaguna, Taman Sri Serdang bagi membincangkan permasalahan dan aduan dari penduduk berkenaan pembangunan tersebut. Majlis telah mengambil maklum terhadap bantahan penduduk.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.