Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

144) TINDAKAN DAN KAWALAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR TERHADAP PENIAGA-PENIAGA ASING

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri

Adun: Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sejauhmanakah tindakan dan kawalan Kerajaan Negeri Selangor terhadap peniaga-peniaga asing yang terlalu ramai di Pasar Borong Selangor?

    Jawapan MPSJ

    • Pemilihan peniaga di Pasar Borong Selangor adalah di bawah bidang kuasa Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).
    • MPSJ hanya melesenkan peniaga warganegara yang telah mendapat penjanjian sewa daripada pihak Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).

    Jawapan PKPS

    1. Kerajaan Negeri Selangor (KNS) menyedari masalah kebanjiran warganegara asing di pasar borong Selangor. Untuk makluman, mereka sebenarnya bukanlah peniaga tetapi adalah pekerja-pekerja yang diambil bekerja dan digaji oleh warganegara tempatan yang berjaya terpilih mendapat lot di Pasar Borong Selangor melalui kriteria dan proses yang ketat seperti berikut:
      • Permohonan
    • Tapisan dan senarai pendek
    • Temuduga, (Jika berjaya, menandatangani perjanjian dengan PKPS Untuk tempoh 2 tahun)
    • Permohonan lesen perniagaan kepada (MPSJ).

     

    KNS telah menubuhkan Jawatankuasa bertindak (Task Force) yang dipengerusikan oleh EXCO Infrastruktur, Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani. Jawatankuasa ini dianggotai bersama oleh Jabatan Imigresen, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara, Majlis Perbandaran Subang Jaya dan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor

    sebagai pihak yang menguruskan Pasar Borong Selangor. Mesyuarat terakhir telah diadakan pada 15 Julai 2017.

    • Jabatan Imigresen dengan kerjasama agensi penguatkuasa yang lain telah mengadakan operasi bersepadu pada 26 Februari
    • Statistik pekerja bagi tahun 2016 dan 2017 adalah seperti berikut:
    BIL. PEKERJA                                   MENGIKUT NEGARA TAHUN 2016

    (%)

    TAHUN 2017

    (%)

    1 Malaysia 15 % 39 %
    2 Indonesia 23 % 14 %
    3 Myanmar 38 % 23 %
    4 Bangladesh 12 % 12 %
    5 India & lain-lain 12 % 12 %

     

    1. PKPS turut melaksanakan melakukan bancian pekerja dari semasa ke semasa setiap 4 bulan bagi memastikan pekerja-pekerja warga asing yang diambil bekerja dan digaji oleh peniaga/penyewa lot mempunyai dokumen / permit kerja yang sah di sisi undang-undang
    2. Di samping melaksanakan pemantauan berterusan PKPS juga akan sentiasa memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa lain dalam usaha membanteras kebanjiran warganegara asing terutamanya tanpa permit yang sah di Pasar Borong

Lampiran

Tiada Lampiran.