Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

104) TINDAKAN JABATAN KASTAM SELANGOR MENARIK BALIK NOTIS BAYARAN CUKAI DARIPADA CARLSBERG

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Tindakan Kerajaan Persekutuan tidak dipertanggungjawabkan ke atas Kerajaan Negeri. Namun apabila dilaporkan dalam The Edge bahawa Jabatan Kastam Selangor telah membatalkan notis tuntuan cukai berjumlah RM20.65 juta, ia telah menimbulkan persepsi negatif terhadap Kerajaan Selangor. Sila beri pencerahan.

    Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, keputusan penarikan balik notis tuntutan cukai (BOD) Syarikat Carlsberg Brewery Malaysia Berhad telah dikeluarkan pada 3 Feb. 2020 oleh pihak Ibu Pejabat Kastam Diraja Malaysia, Putrajaya dan bukan oleh Jabatan Kastam Selangor. Jabatan Kastam ingin menegaskan bahawa laporan yang disiarkan oleh The Edge adalah tidak tepat.

    Ingin ditegaskan bahawa tindakan membatalkan notis tuntutan ke atas Carlsberg Brewery Malaysia Berhad adalah di atas sebab-sebab perundangan. Melalui sebuah kes yang dibicarakan di Mahkamah Tinggi KL bagi isu yang sama,  Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa tuntutan Cukai Jualan oleh pihak Kastam adalah tidak berasas dan keputusan telah menyebelahi pihak syarikat. Mahkamah Rayuan kemudiannya telah mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi ini.

    Berasaskan keputusan kes tersebut, Bahagian Perundangan Jabatan Kastam Ditaja Malaysia telah memutuskan untuk menarik balik tuntutan cukai jualan terhadap Carlsberg Brewery Malaysia Berhad.

    Dakwaan oleh pihak The Edge bahawa Jabatan Kastam Selangor yang membatalkan BOD ke atas Carlsberg Brewery Malaysia Berhad adalah tidak benar memandangkan kuantum / amaun yang dibatalkan adalah melebihi kuasa yang diperuntukkan  untuk pentadbiran Kastam sesebuah Negeri.

Lampiran

Tiada Lampiran.