Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

154) TINDAKAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR BERKENAAN WUJUDNYA DLP

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan Kerajaan Negeri Selangor berkenaan ujudnya DLP diperingkat pendidikan?

    Dual Language Programme (DLP) atau Program Dwibahasa merupakan sebuah program di bawah Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Bagi tahun 2016, sebanyak 300 buah sekolah terlibat di dalam pelaksanaan

    Memandangkan DLP adalah sebuah program baharu yang diperkenalkan oleh KPM, Kerajaan Negeri telah mengambil inisiatif dalam memberi kefahaman program tersebut dengan melaksanakan Seminar Kefahaman Program Dwibahasa (Dual Language Programme –DLP) pada 5 Mac 2016 di Dewan Pro Canselor, UNISEL, Shah Alam.

    Seminar ini telah berjaya menarik penyertaan seramai 2000 orang peserta yang terdiri daripada para pendidik dari seluruh Negeri Selangor.

    Seminar ini dilaksanakan bertujuan:

    • untuk memberi kefahaman dan maklumat yang jelas berkenaan DLP;
    • mendapat maklum     balas     dari     peringkat     grassroottentang pelaksanaan DLP ; dan
    • membincangkan aspek    pelaksanaan    dan    keberkesanan    DLP kepada pembangunan pendidikan Negara.

    Hasil daripada perbincangan yang diperolehi daripada pelaksanaan seminar ini adalah:

    • pelaksanaan DLP dilihat bukan semata-mata kaedah yang terbaik untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan para pelajar;
    • usaha memartabatkan Bahasa Melayu harus dilaksanakan dengan sewajarnya;dan
    • melaksanakan roadshow penerangan berkenaan DLP kepada ibu bapa.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.