TINDAKAN KERAJAAN NEGERI TERHADAP INVIDIDU ATAU ORGANISASI AKIBAT PENCEMARAN SUMBER AIR
14) TINDAKAN KERAJAAN NEGERI TERHADAP INVIDIDU ATAU ORGANISASI AKIBAT PENCEMARAN SUMBER AIR
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah dan senaraikan syarikat-syarikat yang telah mencemarkan sumber air di Negeri Selangor?
Berdasarkan peruntukan di dalam Sek.79 (4) Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999, seseorang yang melanggar seksyen ini adalah melakukan kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi seratus ribu ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi tempoh tiga tahun atau kedua-duanya dan denda selanjutnya lima ribu setiap hari kesalahan diteruskan setelah pemberitahuan oleh lembaga menghendaki pematuhan diserahkan.
Senarai maklumat pihak yang melakukan pencemaran sumber air di Negeri Selangor dan tindakan yang diambil terhadap premis tersebut adalah seperti di LAMPIRAN A. *Juga menjawab pertanyaan mulut Bil.24(a), Bil.42(b)&(c), Bil. 126(a), Bil. 132(b), Bil. 165(c) , Bil. 270(b) & pertanyaan bertulis Bil 14(a)&(b),
