Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

108) TINDAKAN KERAJAAN TERHADAP SEKOLAH TAHFIZ TIDAK BERDAFTAR

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah sekolah tahfiz yang masih belum berdaftar dengan JAIS dan berapakah yang telah diambil tindakan seperti yang dititahkan DYMM Sultan Selangor?

    Sekolah tahfiz swasta yang masih belum berdaftar sehingga September 2019 (sumber: simpeni.islam.gov.my) adalah 9 buah sekolah. Sepanjang tahun 2019 bilangan sekolah yang telah diambil tindakan adalah seperti berikut:

    Dihentikan dari beroperasi:

    1. 1 buah sekolah diarahkan henti operasi dan telah pun ditutup.
    2. 7 buah sekolah telah memberhentikan operasinya atas nasihat jabatan

    Tidak beroperasi

    1. 5 buah sekolah didapati tidak lagi beroperasi.

Lampiran

Tiada Lampiran.