Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

66) TINDAKAN PBT KEPADA PENIAGA ASING HARAM

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Masih ramai pendatang-pendatang asing dari kalangan rakyat Myanmar, Pakistan, Bangladesh dan Indonesia yang sewenang-wenang nya membuka kedai gunting rambut, warung makanan, pasar jual sayur dan buah-buahan tanpa rasa gentar langsung kepada pihak berkuasa. Peniaga-peniaga tempatan yang di beri lesen pula menyewakan premis-premis perniagaan mereka kepada peniaga-peniaga asing bagi meraih keuntungan yang mudah. Orang ramai pun tahu perkara ini. Sampai bilakah kemelut ini akan berlarutan dan apakah bentuk-bentuk perubahan dan tindakan berkesan yang patut di ambil oleh pihak berkuasa bagi mengatasi masalah ini ?

    1. Untuk makluman Ahli yang Berhormat sekalian, PBT tidak akan mempertimbangkan permohonan lesen kepada warga negara asing. Lesen hanya diberikan kepada  pemohon warganegara Malaysia sahaja. Walau bagaimanapun, ada pemegang lesen yang mengajikan warga negara asing sebagai pekerja mereka kerana gaji yang dibayar adalah lebih rendah berbanding pekerja tempatan. Pihak PBT telah pun mensyaratkan pemegang lesen perlu berada di premis sepanjang waktu ia  beroperasi  dan  pemeriksaan dijalankan secara berterusan dari semasa ke semasa. Jika didapati pemegang lesen ingkar dan wujud unsur-unsur penyelewengan, siasatan lanjut akan dijalankan. Sekiranya pemegang lesen didapati bersalah, lesen  perniagaan  mereka boleh
    2. Bagi pemilik lesen warga negara yang memberikan lesen mereka kepada penjaja warga asing untuk berniaga, lesen yang diberikan serta sewaan premis boleh ditarik balik. Di samping itu, barangan perniagaan juga akan turut disita oleh PBT. Manakala  bagi pekerja asing tanpa permit, perkara ini akan diambil tindakan oleh pihak Imigresen. PBT juga menjalankan operasi bersepadu bersama agensi-agensi lain bagi membendung perkara

     

Lampiran

Tiada Lampiran.