Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

105) TINDAKAN PENGUATKUASAAN TERHADAP PIHAK YANG MENCEMAR SUMBER AIR

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan jumlah kompaun dan tindakan penguatkuasaan yang telah dikenakan sepanjang tahun 2019 terhadap pihak yang melepaskan sisa kimia dan bahan pencemaran terhadap sumber air di Selangor.

    Sepanjang tahun 2019, Lembaga telah mengeluarkan sejumlah 117 notis dan kompaun merangkumi tujuh (7) kompaun, 18 Notis Amaran, 92 Notis Pemberitahuan Kesalahan dan satu (1) tindakan pendakwaan di atas kesalahan di bawah peruntukan Sek. 79, Enakmen LUAS 1999, Peraturan 6(1) Peraturan-Peraturan Kemasukan dan Pelepasan Bahan Pencemar (Negeri Selangor) 2012 dan Peraturan 6(3) Peraturan-Peraturan Lembaga Urus Air Selangor (Pelesenan) 2012. Tindakan notis, kompaun dan pendakwaan diambil berdasarkan kesalahan yang ditemukan di atas pihak yang melepaskan sisa kimia dan bahan pencemaran terhadap sumber air di Selangor tanpa kebenaran Lembaga dan juga pelanggaran syarat-syarat oleh pihak pemegang lesen kemasukan dan pelepasan bahan pencemar.

Lampiran

Tiada Lampiran.