Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

106) TINDAKAN PENGUATKUASAAN TERHADAP PIHAK YANG MENCEMARKAN SUNGAI

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah langkah-langkah penguatkuasaan dan pengeluaran kompaun yang telah dirangka oleh semua PBT bagi memastikan bengkel-bengkel, kilang-kilang tidak mengalirkan sisa minyak pelincir dan minyak-minyak ke sungai?

    Langkah-langkah penguatkuasaan dan pengeluaran kompaun yang telah dirangka oleh PBT adalah mengenakan syarat lesen perniagaan kepada pengusaha premis supaya memasang perangkap minyak (grease trap) bagi memastikan bengkel-bengkel, kilang-kilang tidak mengalirkan sisa-sisa minyak ke dalam sungai. Selain menjalankan pemantauan berkala, PBT juga akan menjalankan siasatan berdasarkan aduan orang awam. Sekiranya, premis terbabit melanggar syarat lesen atau tidak patuh, PBT akan mengeluarkan Notis tunjuk sebab kepada pengusaha premis untuk memberikan penjelasan dalam tempoh yang ditetapkan. Selepas itu, PBT akan mengenakan kompaun ke atas kesalahan pelanggaran syarat tersebut. Bagi pengusaha yang tidak memberikan maklumbalas Notis, PBT akan membuka kertas siasatan untuk proses pendakwaan mahkamah. Antara peruntukan undang-undang yang boleh dikenakan kepada pemilik premis yang melanggar syarat perniagaan adalah seperti berikut:-

Lampiran

Tiada Lampiran.