Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

160) TINDAKAN SUSULAN TENTANG TANGGUNGJAWAB PIHAK PEMAJU TERHADAP KOS PROJEK PENSTABILAN TEMBOK PENAHAN DI PANGSAPURI PERMAI

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Akibat kegagalan pihak pemaju dalam menyediakan dokumen yang diperlukan oleh pihak insurans, pihak MBPJ terpaksa menanggung RM1.75 juta untuk kos projek penstabilan tembok penahan di Pangsapuri Permai. Apakah tindakan susulan Kerajaan Negeri untuk memastikan pihak pemaju untuk bertanggungjawab?

    Untuk Makluman, Kawasan Kejadian Runtuhan Tembok Penahan Di Pangsapuri Permai Melibatkan Kawasan Persendirian Dimiliki Oleh Perbadanan Pengurusan Pangsapuri Permai. Perbadanan Pengurusan Adalah Pihak Yang Bertanggungjawab Untuk Menyelengaraan Bangunan Dan Harta Bersama Termasuklah Tembok Penahan Tersebut. Oleh Yang Demikian, Kos Projek Penstabilan Tembok Penahan Di Pangsapuri Permai Sepatutnya Ditanggung Oleh Perbadanan Pengurusan Pangsapuri Permai.

    Pihak Majlis Difahamkan, Perbadanan Pengurusan Sedia Maklum Mengenai Tanggungjawab Mereka Untuk Menyelengara Tembok Penahan tersebut. Justeru itu, Perbadanan Pengurusan telah pun menginsuranskan tembok penahan tersebut sebelum kejadian berlaku. Walau bagaimanapun, apabila kejadian ini berlaku tuntutan kepada pihak insurans telah ditolak disebabkan perbadanan pengurusan tidak dapat mengemukakan pelan yang diluluskan. pihak perbadanan pengurusan telah memohon kepada pihak pemaju supaya menyerahkan pelan berkenaan tetapi pihak pemaju gagal berbuat demikian dengan alasan pihaknya telah mengemukakan laporan perunding dan mengesahkan bahawa runtuhan tembok penahan tersebut bukan disebabkan kegagalan struktur atau rekabentuk.

    Berdasarkan semakan rekod Majlis, pihak pemaju telah mengadakan mesyuarat agung tahunan pertama penubuhan badan pengurusan bersama (JMB) Pada 27 Mac 2008. Walau bagaimanapun, pada ketika itu, Akta 663 (Telah Dimansuhkan) tidak mempunyai peruntukan yang spesifik untuk pemaju menyerahkan semua pelan yang diluluskan kepada pihak jmb seperti yang dikehendaki dalam Akta Pengurusan Strata 2013 [Akta 757] yang sedang berkuatkuasa pada masa sekarang.

Lampiran

Tiada Lampiran.