Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

120) TINDAKAN TEGAS KEGIATAN MAKSIAT JUDI HARAM PELACURAN SELANGOR

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan tegas telah diambil oleh Kerajaan demi menumpaskan kegiatan judi haram, maksiat dan pelacuran di setiap Daerah?

    Antara tindakan tegas yang diambil oleh Kerajaan Negeri melalui PBT untuk membanteras kegiatan judi haram, maksiat dan pelacuran di Negeri Selangor adalah seperti berikut:-

     

    • Melaksanakan tindakan pantas melalui pemantauan dan penguatkuasaan bersepadu dan serta merta bersama-sama agensi-agensi penguatkuasaan yang berkaitan terhadap pengusaha yang menyalahgunakan lesen Pusat Hiburan Keluarga / premis untuk tujuan perjudian. Antara agensi yang berkaitan adalah seperti berikut:-
    • Polis DiRaja Malaysia (PDRM);
    • Jabatan Imigresen;
    • Jabatan Anti Dadah Kebangsaan (AADK);
    • Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS);
    • Pejabat Agama Islam Daerah (PAID);
    • Pejabat Kesihatan Daerah; dan
    • Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
    • Selain itu, lesen premis Pusat Hiburan Keluarga (PHK) yang didapati disalah gunakan sebagai pusat perjudian akan dibatalkan dan peralatan

     

    PHK akan disita serta premis akan ditutup. Antara tindakan yang boleh dikenakan terhadap pengusaha judi haram adalah di bawah:-

    • i)  Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953;
    • Enakmen Hiburan Dan Tempat-Tempat Hiburan 1995 Negeri Selangor;
    • Bagi kegiatan pelacuran, bidang kuasa pihak PDRM dan Jabatan Imigresen adalah lebih luas di mana pengusaha boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang. Manakala premis pusat kecantikan dan kesihatan yang melanggar syarat boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 3 Undang-Undang Kecil Pusat Kecantikan dan Penjagaan Kesihatan 2007 dan Seksyen 3 Akta Kerajaan

     

Lampiran

Tiada Lampiran.