Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

89) TINDAKAN TERHADAP GANGGUAN BEKALAN AIR OLEH PROJEK WCE

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan tindakan-tindakan yang telah diambil oleh pihak Air Selangor terhadap gangguan bekalan air oleh Projek WCE pada 4hb Mei 2020.

    Susulan kejadian tiga paip utama Air Selangor yang putus berhampiran Projek Pembinaan Lebuhraya West Cost Expressway (WCE) Banting-Taiping pada 4 Mei 2019, Air Selangor telah menjalankan siasatan dalaman bagi mengenal pasti punca kejadian tersebut. Hasil keputusan siasatan tersebut telah diserahkan kepada Peguamcara yang telah dilantik oleh Air Selangor dan masih dalam penelitian pihak Peguamcara.

Lampiran

Tiada Lampiran.