Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

134) TINDAKAN UNDANG-UNDANG KEPADA SR BUILDING MATERIAL

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status kilang SR Building and Material di Sungai Lalang, Semenyih yang menyebabkan Sungai Semenyih tercemar?

    Berdasarkan rekod    MPKj,    mendapati   premis    terlibat    tidak memiliki lesen perniagaan daripada pihak MPKJ.

    Pihak MPKj juga telah menyemak status kelulusan pendirian bangunan kilang memproses dan menyimpan minyak hitam tersebut dan mendapati tiada sebarang kelulusan bertulis mengenai pendirian bangunan tersebut. Tindakan pengautkuasaan dijalankan terhadap pemunya bangunan berkenaan kerana telah mendirikan struktur bangunan untuk menjadikan kilang memproses dan menyimpan minyak hitam tanpa mendapat kebenaran bertulis dari MPKj. Notis di bawah Seksyen 70(1)AJPB 1974 (A133)dengan arahan Seksyen 72 (1)(b)(c) AJPB 1974 (A133) telah dikeluarkan di bawah Seksyen 70 (1) AJPB 1974 (A133) telah dikeluarkan pada 7/10/2016 tempoh 14 hari yang akan tamat pada 21/10/2016. Notis Seksyen 97 AJPB 1974 (A133) bagi arahan kuasa untuk memasuki tanah bagi maksud akta ini bagi tempoh serta-merta. Notis diserahkan melalui serahan tampal di premis berkenaan. Seterusnya pihak MPKj di dalam proses menyedoakan kertas siasatan untuk tujuan pendakwaan ke mahkamah bagi mendapatkan arahan perintah termesti bagi kesalahan tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.