Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

129) TINGKATKAN PENDAPATAN ISI RUMAH

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Keadaan ekonomi Negara yang kian meruncing telah menjejaskan banyak keluarga dari segi pendapatan isi rumah berbanding tanggungan yang terpaksa dipikul. Harga barangan yang mencanak dan pendapatan yang terus statik telah membuatkan ramai yang tidak mampu melunaskan perbelanjaan harian. Apakah perancangan Kerajaan Negeri Selangor dalam tempoh terdekat ini serta jangka masa panjang dalam menangani situasi ini?

    Kerajaan Negeri sentiasa mengadakan program-program pembasmian kemiskinan yang disasarkan kepada golongan miskin dan berpendapatan kurang dari RM1500 seisi rumah untuk meningkatkan pendapatan keluarga. Selain itu, turut diadakan adalah program pemberian beras, gula dan susu kepada semua kawasan dewan undangan negeri dimana di antara tujuan program tersebut diadakan adalah untuk meringankan beban keluarga miskin semasa krisis kenaikan harga barang. Program peningkatan pendapatan dan peningkatan ekonomi turut dilaksanakan untuk membantu meningkatkan taraf ekonomi keluarga. Program ini berbentuk bantuan peralatan dan mesin berdasarkan kemahiran individu.

Lampiran

Tiada Lampiran.