Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

174) TKPM SUNGAI KELAMBU DI RIZAB HUTAN

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perkembangan terkini daripada Jabatan Perhutanan Selangor dalam permohonan Jabatan Pertanian untuk menjadikan hutan simpanan Kuala Langat Selatan di Sungai Kelambu untuk tujuan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM)?

    1. Kawasan yang dimaksudkan ialah Sebahagian Kompt.7, Hutan Simpan Kuala Langat Selatan yang berkeluasan lebih kurang 83 ha di mana ianya dijadikan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) oleh Jabatan Pertanian Negeri Selangor untuk aktiviti tanaman kontan. Jabatan Perhutanan Negeri Selangor sedang merangka satu program pemutihan ke atas kawasan-kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) yang telah diceroboh untuk diberikan Permit Penggunaan selaras dengan Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negara 1985 kepada peserta-peserta Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) seramai 19 peserta bersekali dengan peneroka-peneroka asal daripada penduduk Kg Sg Kelambu, Kg Labuhan Dagang, Penduduk Orang Asli Bukit Tadum dan pekebun-pekebun sayur dari Persatuan Pekebun-Pekebun Sayur Pantai Selangor yang berkeluasan seluas 1,257.7 ha melibatkan 389 peserta. Maklumat-maklumat mengenai kawasan yang terlibat telahpun diperolehi dan Kertas Ringkasan Cadangan Kelulusan Pemberian Permit Penggunaan sebagaimana termaktub di dalam Seksyen 32, Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negara 1985 di bawah Program Pemutihan Hutan Simpan Kuala Langat Selatan melalui kaedah konsep Perhutanan Tani. Kertas kerja ini telah disediakan dan akan diangkat kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) untuk tindakan selanjutnya.

Lampiran

Tiada Lampiran.