Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

207) TNB, PBT & KERAJAAN NEGERI

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Terangkan kaedah penggunaan kuasa elektrik antara PBT dengan TNB dan Kerajaan Negeri dengan TNB dari segi penggunaan tanah oleh TNB dan lampu jalan untuk kegunaan awam

    Kaedah penggunaan kuasa Elektrik di PBT melibatkan lampu jalan awam dan premis milik PBT adalah tertakluk di bawah prosedur penggunaan elektrik oleh pihak pembekal iaitu Tenaga Nasional Berhad (TNB). Lazimnya, PBT adalah dianggap sebagai pengguna dengan pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang perlu mematuhi terma-terma kontrak bekalan Tenaga Nasional Berhad (TNB) seperti pelanggan-pelanggan yang lain. Justeru itu, tarif lampu jalan yang dibayar oleh PBT kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) adalah seperti termaktub dalam jadual tarif Tenaga Nasional Berhad (TNB).

    Manakala bagi pembinaan tiang-tiang lampu atas tanah kerajaan ianya sama ada melalui tanah serahan pemaju melalui kebenaran merancang yang diluluskan oleh PBT atau melalui kelulusan Pihak Berkuasa Negeri  seperti yang diperuntukkan dalam seksyen 12 , Akta Bekalan Elektrik 1990:

    “12. (1) Tertakluk kepada kelulusan Pihak Berkuasa Negeri dan kepada apa-apa syarat sebagaimana yang disifatkan wajar oleh Pihak Berkuasa Negeri, suatu lesen boleh membenarkan pemegang lesen meletakkan, menempatkan atau membawa, di atas, di bawah atau melewati tanah Negeri, pada takat dan mengikut cara yang dinyatakan dalam lesen, apa-apa talian bekalan dan mendirikan dan menyenggarakan dalam atau atas tanah Negeri apa-apa tiang dan kelengkapan lain sebagaimana yang didapati perlu atau patut oleh Suruhanjaya bagi maksud pepasangan berlesen, dan tertakluk sentiasa kepada kelulusan Pihak Berkuasa Negeri, kebenaran tersebut boleh 26 Undang-Undang Malaysia AKTA 447 diberikan atau ditambahkan pada bila-bila masa dalam tempoh sah lesen dengan cara pengendorsan padanya di bawah meterai Suruhanjaya.”

Lampiran

Tiada Lampiran.