Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

222) TNRA Untuk Mengawal Populasi Binatang Liar

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan Selangor dan PBT pernah menjalankan program Trap-Neuter- Release-Manage (TNRA) untuk mengawal masalah binatang liar?

    Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri tidak menjalankan program Trap – Neuter – Release – Manage (TNRA) kerana ianya tidak dapat mengatasi masalah anjing/kucing liar. Kerajaan Negeri bersama PBT mengambil beberapa langkah bagi membendung masalah anjing/ kucing liar adalah dengan:

    1. semua PBT menggunapakai Pekeliling Ketua Setiausaha Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengenai Tatacara Operasi Piawai (SOP) Penangkapan dan Pelupusan Anjing Terbiar di Kawasan PBT;
    2. operasi bersepadu penangkapan binatang liar secara berterusan berdasarkan aduan dan pemantauan;
    3. memperkemas dan memantapkan team in house PBT;
    4. mengadakan program anjing/kucing angkat sepanjang tahun di mana anjing/ kucing yang terbiar yang ditangkap akan diberi kepada orang awam yang ingin memelihara anjing/ kucing tersebut;
    5. kempen pelesenan anjing; dan
    6. Kerajaan Negeri juga mengadakan Program Kawalan Haiwan pada   2 hingga 5 Mac 2020 dimana ianya merupakan satu inisiatif Kerajaan Negeri bersama pihak PBT Negeri Selangor bagi mempelajari kaedah penangkapan anjing yang lebih selamat.

Lampiran

Tiada Lampiran.