Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

97) TOL HARAM BUKIT BERUNTUNG

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perkembangan terkini mengenai isu ÒTol HaramÓ yang dikenal pasti di kawasan Bukit Beruntung?

    Keputusan MMKN telah menimbang dan memutuskan supaya mewujudkan Hak
    Lalu Lalang Pentadbir Tanah (Right of Way) di bawah seksyen 390 (1) Kanun
    Tanah Negara 1965 oleh Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB).
    Satu sesi mesyuarat bersama Y.B Ronnie Liu dengan PNSB, pemilik/pengusaha
    tanah kawasan sekitar dan Pejabat Tanah Daerah Hulu Selangor di mana koskos yang terlibat dalam permohonan (Right of Way) ini ditanggung bersama
    dengan pembahagian RM20,000.00 daripada PNSB dan RM30,000.00 daripada
    pemilik/pengusaha.
    Status terkini pihak PNSB telah melantik juruukur berlesen untuk membuat kerja
    ukur bagi tujuan mengemukakan permohonan secara rasmi ke Pejabat Tanah
    Daerah Hulu Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.