Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

44) TPPA TELAH DILULUSKAN OLEH PARLIMEN MALAYSIA UNTUK DILAKSANAKAN

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah kesan terhadap ekonomi Selangor?

    Perjanjian Perkongsian Trans- Pasifik (TPPA) telah diluluskan di Parlimen setelah dibahaskan selama dua (2) hari di Dewan Rakyat. Keputusan tersebut telah menyaksikan perjanjian tersebut telah ditandatangani pada 4 Februari 2016 oleh 12 buah negara iaitu Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Amerika Syarikat, Vietnam dan

     

    Walaupun Kerajaan Negeri menyatakan bantahan terhadap pelaksanaan TPPA, Kerajaan seolah-olah memekakkan telinga dengan segala bentuk justifikasi dan hujah yang dibentangkan. Perjanjian ini telah melalui proses rundingan dalam tempoh lebih kurang lima (5) tahun tetapi rakyat hanya diberi masa lebih kurang tiga (3) bulan sahaja untuk memahami teks yang berjumlah hampir 6,000 muka surat dan memberi komen dan maklum balas selepas rundingan perjanjian didedahkan pada Oktober 2015.

     

    Untuk makluman YB, selepas perjanjian ini ditandatangani, semua ahli TPP mempunyai tempoh 24 bulan untuk melengkapkan proses domestiknya bagi membolehkan Perjanjian TPP diratifikasi. Perjanjian TPP akan berkuatkuasa:

     

    • Apabila 12 ahli TPP telah menyelesaikan proses ratifikasi dalam tempoh 24 bulan; atau

     

    • Sekiranya syarat (a) tidak dapat dipatuhi, ratifikasi adalah perlu oleh sekurang-kurangnya enam (6) negara yang menyumbang 85 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) secara

     

    Sehubungan itu, TPPA belum boleh dilaksanakan lagi dan kesan langsung pelaksanaan TPPA belum dapat dilihat dalam tempoh terdekat. Selepas menandatangani perjanjian, Kerajaan Persekutuan akan membuat beberapa

     

    pindaan kepada undang-undang berkaitan dan peraturan tertentu sebelum dapat diratifikasikan.

     

    Namun demikian, sebagai sebuah negeri penyumbang KDNK terbesar Malaysia, Selangor akan turut menerima impak secara langsung sama seperti kesan yang akan dihadapi oleh Malaysia. Berdasarkan kajian yang dilaksanakan oleh Institut Kajian Strategik Antarabangsa (ISIS) dan Pricewaterhousecoopers (PwC Advisory Services Sdn. Bhd), TPPA akan memberi impak positif dan negatif seperti berikut :

     

    Kesan Positif

     

    • Memberi manfaat kepada ekonomi dengan peningkatan kepada KDNK dan import eksport yang disokong oleh pengurangan Halangan Bukan Tariff (HBT);
    • Pasaran industri automatif akan lebih berdaya saing di peringkat antarabangsa melalui permintaan dan pasaran tarif bebas daripada negara-negara TPPA seperti Kanada, Amerika dan Mexico;
    • TPPA dijangkakan akan mewujudkan satu (1) hingga dua (2) Billion pekerjaan menjelang 2027;
    • Kerajaan Persekutuan telah menyatakan jaminan perlindungan terhadap syarikat Bumiputra dan syarikat perindustrian kecil dan sederhana (PKS);dan
    • Mekanisme Penyelesaian Pertikaian Pelabur-Negara (ISDS) dijangka lebih baik kerana memberi kelonggaran kepada dasar-dasar Kerajaan berkaitan kawal selia, kesihatan awam, keselamatan dan perlindungan alam sekitar.

     

    Kesan Negatif

     

    • Sektor yang lebih terbuka pasca-TPPA seperti oil & gas dan pembinaan akan menghadapi persaingan yang sengit;
    • TPPA akan memberi kesan minimum terhadap firma runcit/perusahaan kecil dan sederhana. Namun, TPPA akan meningkatkkan tahap ketelusan dalam peraturan berkaitan garis panduan sedia ada yang akan meningkatkan minat pelabur asing serhadap subsektor ini. Kesannya akan berlaku persaingan sengit antara firma tempatan dan pelabur asing. Sekiranya syarikat tempatan tidak mampu bersaing, subsektor ini akan dipelopori oleh pelabur asing;
    • TPPA hanya memberi impak yang kecil terhadap eksport kelapa sawit. Namun, pengilang penapisan minyak sawit menyatakan kebimbangan berkaitan permintaan asing yang tinggi terhadap minyak sawit mentah (CPO) yang mungkin mengurangkan bekalan kepada

     

    Permintaan yang tinggi juga akan meningkatkan harga CPO yang mengurangkan margin keuntungan kilang penapis minyak sawit;

    • Kebenaran menubuhkan kesatuan sekerja dikhuatiri memberi kesan negatif terhadap majikan;
    • Pelanjutan tempoh masa hakcipta harta intelek dilanjutkan daripada 50 tahun kepada 70 tahun. Pelanjutan tempoh masa ini dikhuatiri akan merugikan apabila akses maklumat akan terbantut kerana pemerolehan buku-buku teks rujukan pelajar sekolah dan university tidak boleh diperolehi dari sumber ketiga. Ianya akan dihalang daripada dicetak semula atau difotostat dengan kos yang murah; dan
    • Walaupun Mekanisme Penyelesaian Pertikaian Pelabur-Negara (ISDS) dijangka lebih baik, namun sekiranya terdapat konflik (missalignment) ISDS antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri boleh mendedahkan Malaysia kepada kes tuntutan

     

    Kerajaan Negeri telah menyatakan kebimbangan dan gesaan supaya Kerajaan Persekutuan mampu memelihara dan menangani isu nilai matawang negara, hak dan kepentingan tenaga buruh Malaysia, harta intelek negara (IPR- Intellectual Property Right), syarikat milik Kerajaan dan memelihara pasaran peniagaan tempatan apabila TPPA dilaksanakan kelak.

     

    1. Kerajaan Negeri tidak mempunyai pelan strategik khusus bagi menghadapi kesan TPPA. Namun, Kerajaan Negeri sentiasa peka dan perihatin terhadap isu kesejahteraan dan kualiti hidup rakyat, Kerajaan Negeri menyedari bahawa impak perjanjian ini terhadap kos sara hidup rakyat adalah tinggi. Sehubungan itu, Kerajaan akan terus memelihara hak dan kepentingan rakyat dengan merangka langkah-langkah seperti berikut :

     

    1. Melaksanakan inisiatif melalui pelbagai program bantuan perniagaan bagi membantu usahawan baru dan melonjakkan usahawan sedia ada ke tahap yang lebih tinggi supaya mampu terus bersaing di pasaran yang kompetitif;
    2. Meningkatkan dan mempersiapkan keupayaan rakyat Selangor kepada pekerja berkemahiran tinggi (skilled worker) melalui Pembangunan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET);
    • Meningkatkan Sumbangan Bantuan Pendidikan dalam usaha Kerajaan untuk membina modal insan berkualiti dan mewujudkan talent pool di Selangor;
    1. Meningkatkan Keupayaan Rakyat Luar Bandar Melalui Program Pembangunan Keusahawanan; dan
    2. Memperkasa sektor pertanian bagi meningkatkan jaminan pengeluaran bekalan makanan di negeri

     

    Maklumat Tambahan :

     

    Sebanyak 26 pindaan perlu dibuat ke atas 17 undang-undang bagi mengambil kira beberapa persetujuan dicapai oleh negara-negara dalam TPP.

    Pindaan undang-undang yang substantif merangkumi bab-bab berikut:

     

    • Empat (4) pindaan, yang melibatkan bidang penguatkuasaan di bawah Akta Kastam 1967, Akta Zon Bebas 1990 dan Perintah Kastam No.27 dalam Bab Barangan (Bab 2);
    • Dua pindaan (2) yang melibatkan bidang penguatkuasaan di bawah Akta Kastam 1967 dan Akta Zon Bebas 1990 dalam Bab Tempasal (Bab 3);
    • Sembilan (9) pindaan yang melibatkan bidang paten, hak cipta, cap dagangan, petunjuk geografi dan penguatkuasaan di bawah Akta Tanda Niaga 1976, Peraturan-peraturan Tanda Niaga 1997, Akta Paten 1983, Peraturan-peraturan Paten 1986, Akta Hakcipta 1987, Akta Indikasi Geografikal 2000, Akta Anti-Money Laundering and Anti-Terrorism Financing Act 2001, Akta Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan Baru 2004, Peraturan-peraturan Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan 2008 390/2008 dan 389/2008, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984, Directive No. 2/2011 (berkaitan “data exclusivity”) dan Akta 9 Pencegahan Perubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 dalam Bab Harta Intelek (Bab 18);
    • 10 pindaan yang melibatkan bidang penguatkuasaan di bawah Akta Kesatuan Sekerja 1958, Akta Perhubungan Perusahaan 1967, Akta Kerja 1955, Akta Pasport 1966, Akta Standard-Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990, Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981, Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007, Akta Kanak-kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) 1966, Ordinan Buruh Sabah Cap 67 dan Ordinan Buruh Sarawak Cap 76 dalam Bab Buruh (Bab 19);
    • Satu pindaan yang berkaitan dengan anti-rasuah dan melibatkan bidang penguatkuasaan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dalam Bab Ketelusan (Bab 26).

     

    Pindaan yang prosidural merangkumi bab-bab berikut:

     

    • Semakan semula akan dibuat ke atas peraturan perolehan kerajaan sedia ada yang akan melibatkan pindaan untuk memastikan keseragaman peraturan berkaitan pelaksanaan di bawah Arahan Perbendaharaan (T1) dan satu Pekeliling Perbendaharaan yang berkaitan dengan Treasury Instructions (1PP) di bawah Bab Perolehan (Bab 15).

Lampiran

Tiada Lampiran.