Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

65) TRAFIK DAN PENGURUSAN LALULINTAS

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan kerajaan negeri untuk memperbaiki sistem pengurusan trafik menerusi Pelan Induk Pengurusan Trafik Selangor

    Kerajaan Negeri telah memohon pihak Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) Selangor untuk menjalankan kajian Transit Oriented Development (TOD) dalam merangka pembangunan berorientasikan transit di Negeri Selangor. Manakala Pelan Induk Pengurusan Trafik Selangor belum dirangka untuk pelaksanaan memandangkan kajian TOD akan lebih menyeluruh serta merangkumi aspek sistem pengangkutan awam sedia ada, sistem jaringan jalan raya dan lalu lintas yang akan membantu memperbaiki sistem pengurusan trafik di Negeri Selangor. Kajian Impak Lalulintas (TIA) juga merupakan kaedah yang digunakan bagi mengenalpasti tahap kesesakan jalan raya. Laporan kajian akan memberi beberapa penyelesaian alternatif atau penambahbaikan untuk mengatasi masalah pengurusan lalu lintas yang dijalankan.

    (Jawapan kepada pertanyaan berkaitan status terkini projek lebuhraya di Negeri Selangor termasuk projek lebuhraya KIDEX telah dijawab bersekali dengan pertanyaan daripada Y.B Bukit Gasing, Y.B Batu Tiga, Y.B Pelabuhan Klang dan

    Y.B Sungai Panjang oleh Y.A.B Dato’ Menteri Besar Selangor)

Lampiran

Tiada Lampiran.