Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

99) TRAGEDI JAYA SUPERMARKET SEKSYEN 14 PJ

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah perkembangan terbaru terhadap tragedi Jaya Supermarket di Seksyen 14, Petaling Jaya.

    Mesyuarat Khas Majlis yang telah di adakan pada 28 Oktober 2009, telah
    membincangkan mengenai jumlah kompaun yang dikenakan serta lain-lain isu
    berkaitan. Mesyuarat telah memutuskan kompaun dikenakan sebanyak RM 250,000.00
    kepada kontraktor pembinaan Tetuan CW Yap Sdn. Bhd. serta RM 200,000.00 kepada
    perunding arkitek Tetuan DP Architects Sdn. Bhd. selaku orang utama yang
    mengemukakan.
    Notis Berhenti Kerja hanya boleh ditarik balik sekiranya pembayaran serta lain-lain
    syarat yang dikenakan seperti surat akujanji, method statement (Peringkat 2) dan
    kebenaran daripada Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) telah
    diluluskan.
    Tawaran kompaun telah dikeluarkan dan setakat ini arkitek telah membuat pembayaran
    kompaun tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.