Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

147) TRANS-PACIFIC PARTNERSHIP AGREEMENT (TPPA)

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah pelabur-pelabur dari negara TPP? Sila huraikan mengikut negara, jumlah bilangan dan jumlah nilai pelaburan.

    Projek-projek perkilangan yang diluluskan oleh MIDA di Selangor bagi tahun  2015 yang melibatkan pelabur-pelabur dari negara – negara TPP adalah seperti berikut :

     

    Negara Projek Peluang Pekerjaan Modal Pelaburan (RM)
    Australia 2 19 399,550
    Canada 1 30 330,328
    Japan 23 1,959 1,266,833,011
    Singapore 12 1,130 254,961,209
    United States 4 73 17,277,700
    New Zealand ** ** **
    Brunei ** ** **
    Jumlah*** 42 3,211 1,539,801,798

    * Sumber : MIDA                                   *** : Kecuali New Zealand dan Brunei

    ** Tiada Maklumat Lengkap

     

    Nota : Nama syarikat yang membuat pelaburan adalah  sulit.  Sebarang  makluman kepada pihak umum perlu mendapat kebenaran daripada pihak syarikat terlebih dahulu bagi mengelakkan maklumat – maklumat tersebut disalahgunakan.

     

    1. Perjanjian Perkongsian Trans- Pasifik (TPPA) telah diluluskan di Parlimen setelah dibahaskan selama dua (2) hari di Dewan Rakyat. Keputusan tersebut telah menyaksikan perjanjian tersebut telah ditandatangani pada 4 Februari 2016 oleh 12 buah negara iaitu Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Amerika Syarikat, Vietnam dan

     

    Walaupun Kerajaan Negeri menyatakan bantahan terhadap pelaksanaan TPPA, Kerajaan seolah-olah memekakkan telinga dengan segala bentuk justifikasi dan hujah yang dibentangkan. Perjanjian ini telah melalui proses rundingan dalam tempoh lebih kurang lima (5) tahun tetapi rakyat hanya diberi masa  lebih kurang tiga (3) bulan sahaja untuk memahami teks yang berjumlah hampir 6,000 muka surat dan memberi komen dan maklum balas selepas rundingan perjanjian didedahkan pada Oktober 2015.

     

    Untuk makluman YB, selepas perjanjian ini ditandatangani, semua ahli TPP mempunyai tempoh 24 bulan untuk melengkapkan proses domestiknya bagi membolehkan Perjanjian TPP diratifikasi. Perjanjian TPP akan berkuatkuasa:

     

    • Apabila 12 ahli TPP telah menyelesaikan proses ratifikasi dalam tempoh 24 bulan; atau

     

    • Sekiranya syarat (a) tidak dapat dipatuhi, ratifikasi adalah perlu oleh sekurang-kurangnya enam (6) negara yang menyumbang 85 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) secara

     

    Sehubungan itu, TPPA belum boleh dilaksanakan lagi dan kesan langsung pelaksanaan TPPA belum dapat dilihat dalam tempoh terdekat. Selepas menandatangani perjanjian, Kerajaan Persekutuan akan membuat beberapa pindaan kepada undang-undang berkaitan dan peraturan tertentu sebelum dapat diratifikasikan.

     

    Namun demikian, sebagai sebuah negeri penyumbang KDNK terbesar Malaysia, Selangor akan turut menerima impak secara langsung sama seperti kesan yang akan dihadapi oleh Malaysia. Berdasarkan kajian yang dilaksanakan oleh Institut Kajian Strategik Antarabangsa (ISIS) dan Pricewaterhousecoopers (PwC Advisory Services Sdn. Bhd), TPPA akan memberi impak positif dan negatif seperti berikut :

     

    Kesan Positif

     

    • Memberi manfaat kepada ekonomi dengan peningkatan kepada KDNK dan import eksport yang disokong oleh pengurangan Halangan Bukan Tariff (HBT);
    • Pasaran industri automatif akan lebih berdaya saing di peringkat antarabangsa melalui permintaan dan pasaran tarif bebas daripada negara-negara TPPA seperti Kanada, Amerika dan Mexico;
    • TPPA dijangkakan akan mewujudkan satu (1) hingga dua (2) Billion pekerjaan menjelang 2027;
    • Kerajaan Persekutuan telah menyatakan jaminan perlindungan terhadap syarikat Bumiputra dan syarikat perindustrian kecil dan sederhana (PKS);
    • Mekanisme Penyelesaian Pertikaian Pelabur-Negara (ISDS) dijangka lebih baik kerana memberi kelonggaran kepada dasar-dasar Kerajaan berkaitan kawal selia, kesihatan awam, keselamatan dan perlindungan alam sekitar; dan
    • Bank Negara boleh mengekalkan kawalannya ke atas pengurusan ringgit, rizab pertukaran asing dan kawalan

     

    Kesan Negatif

     

    • Sektor yang lebih terbuka pasca-TPPA seperti oil & gas dan pembinaan akan menghadapi persaingan yang sengit;
    • TPPA akan memberi kesan minimum terhadap firma runcit/perusahaan kecil dan sederhana. Namun, TPPA akan meningkatkkan tahap ketelusan dalam peraturan berkaitan garis panduan sedia ada yang akan meningkatkan minat pelabur asing serhadap subsektor ini. Kesannya akan berlaku persaingan sengit antara firma tempatan dan pelabur asing;
    • TPPA hanya memberi impak yang kecil terhadap eksport kelapa sawit. Namun, pengilang penapisan minyak sawit menyatakan kebimbangan berkaitan permintaan asing yang tinggi terhadap minyak sawit mentah (CPO) yang mungkin mengurangkan bekalan kepada mereka. Permintaan yang tinggi juga akan meningkatkan harga CPO yang mengurangkan margin keuntungan kilang penapis minyak sawit;
    • Kebenaran menubuhkan kesatuan sekerja dikhuatiri memberi kesan negatif terhadap majikan;
    • Pelanjutan tempoh masa hakcipta harta intelek dilanjutkan daripada 50 tahun kepada 70 tahun. Pelanjutan tempoh masa ini dikhuatiri akan merugikan apabila akses maklumat akan terbantut kerana pemerolehan buku-buku teks rujukan pelajar sekolah dan university tidak boleh diperolehi dari sumber ketiga. Ianya akan dihalang daripada dicetak semula atau difotostat dengan kos yang murah; dan
    • Walaupun Mekanisme Penyelesaian Pertikaian Pelabur-Negara (ISDS) dijangka lebih baik, namun sekiranya terdapat konflik (missalignment)

     

    ISDS    antara    Kerajaan    Persekutuan    dan    Kerajaan    Negeri              boleh mendedahkan Malaysia kepada kes tuntutan mahkamah.

     

    Kerajaan Negeri telah menyatakan kebimbangan dan gesaan supaya Kerajaan Persekutuan mampu memelihara dan menangani isu nilai matawang negara, hak dan kepentingan tenaga buruh Malaysia, harta intelek negara (IPR- Intellectual Property Right), syarikat milik Kerajaan dan memelihara pasaran peniagaan tempatan apabila TPPA dilaksanakan kelak.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.