Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

100) TREK BASIKAL DI BANDAR SHAH ALAM

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sejauh mana keberkesanan pembinaan trek basikal di Bandar Shah Alam?

    Pada tahun 2012, MBSA telah membina trek basikal yang berasingan dari jalanraya sejauh 10km dengan lebar trek 12 kaki dan kos hampir RM5 juta. Ianya bukan sahaja untuk trek basikal tetapi juga adalah untuk pejalan kaki. Dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini, penggunaan trek basikal Nampak ketara pada hari Jumaat dan cuti hujung minggu khususnya di Pusat Bandar yang digunakan oleh warga Shah Alam, pelajar-pelajar dari Universiti Madinah dari kawasan sekitar Seksyen 3,4,6,7,8 dan 9 serta warga kerja dari pejabat kerajaan dan swasta yang menggunakan trek tersebut untuk berjalan kaki ke pusat Bandar. Bagi keluarga yang menggunakan trek basikal ini mereka merasakan lebih selamat kerana ia jauh dari laluan trafik yang membahayakan mereka. Oleh itu, MBSA yakin bahawa penggunaannya akan terus meningkat dengan kemajuan pesat Bandar Shah Alam di mana pelajar-pelajar daripada sekolah antarabangsa, SOHO dan DEMC di pusat Bandar yang akan menyumbang kepada keberkesanan pembinaan trek basikal ini. Di samping itu, pihak Tourism Selangor dengan kerjasama MBSA juga telah membincangkan ‘buggy tour’ melalui trek basikal dan pedestrian di sekeliling pusat Bandar dan Taman Tasik Shah Alam. Program pembinaan trek basikal dan pedestrian ini akan diteruskan lagi pada tahun 2015 yang akan menghubungkan Stadium Shah Alam dari pusat Bandar dengan jarak 10 KM dan anggaran kos RM 7juta.

Lampiran

Tiada Lampiran.