TRIBUNAL PENGURUSAN STRATA
18) TRIBUNAL PENGURUSAN STRATA
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status penubuhan tribunal pengurusan strata?
Untuk makluman Y.B. Tribunal Pengurusan Strata diuruskan sepenuhnya oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dengan persetujuan Pihak Berkuasa Negeri berkaitan pemberian kuasa Eksekutif kepada Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Berikut merupakan maklumbalas pihak Tribunal Perumahan dan Pengurusan Strata berkaitan soalan Y.B. seperti berikut:
- Tribunal Pengurusan Strata (TPS) ditubuhkan di bawah Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757) yang telah diluluskan dan diwartakan pada 8 Februari 2013. Akta 757 berkuatkuasa mulai 1 Jun 2015 dan TPS telah mula beroperasi pada 1 Julai
Tarikh permulaan kuat kuasa Akta 757 bagi semua negeri di Semenanjung Malaysia iaitu pada 1 Jun 2015 kecuali Pulau Pinang pada 12 Jun 2015, masing- masing melalui warta P.U.(B) 231/2015 dan P.U.(B) 248/2015. Bagi negeri Johor, pelaksanaan Akta 757 adalah ditangguhkan.
Bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan, tarikh permulaan kuat kuasa ialah pada 1 Jun 2015 melalui warta P.U.(B) 237/2015.
