TUISYEN ON-LINE

22) TUISYEN ON-LINE

Tahun:

Sesi:

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sejauh manakah keberkesanan serta penglibatan tuisyen on line bagi setiap DUN?

    Setakat Jun 2017 Program Tuisyen Online telah melibatkan semua Dun di mana penyertaan telah melibatkan 56 buah kawasan Dewan Negeri yang berada dalam Negeri Selangor dan jumlah pelajar yang terlibat dalam program ini setakat Jun adalah seramai 1054 orang pelajar.

    Kajian keberkesanan buat masa ini belum dilaksanakan memandangkan program ini baru sahaja dilancarkan dan dilaksanakan pada 5 April 2017 yang lalu.  Dapatan kajian akan diperoleh setelah keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) keluar untuk dibuat perbandingan dengan keputusan sebelum peperiksaan.

Lampiran

Tiada Lampiran.