Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

315) TUNGGAKAN CUKAI TANAH DI PEJABAT DAERAH DAN TANAH

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah punca-punca sebenar kegagalan Pejabat Daerah dan Tanah mencapai sasaran 75% kutipan cukai tunggakan setiap tahun dan apakah langkah-langkah yang telah dan akan diambil untuk menyelesaikan masalah ini?

    1. Jumlah tunggakan hasil cukai tanah sepatut kutip adalah berkurangan setiap tahun berikutan tunggakan telah dapat dikurangkan pada tahun-tahun sebelum. Secara tidak langsung jumlah kutipan semakin berkurangan dan sasaran sebanyak 75% ke atas baki tunggakan cukai tanah yang bermasalah sukar dicapai.

     

    Tunggakan cukai tanah yang sukar dikutip adalah berusia 6 tahun ke atas dan berpunca daripada hak milik yang bermasalah seperti berikut:-

     

    • Hak milik bermasalah yang memerlukan tindakan siasatan mengikut peraturan dan perundangan yang sedang berkuatkuasa iaitu:-

     

    • hak milik belum dibatalkan atas sebab bertindih, serah balik, sambungan dan pecah sempadan;
    • hak milik dalam kes mahkamah;
    • hak milik mendapat remitan cukai;
    • suratan Approve Application (AA);
    • hak milik lama (EMR);
    • geran hancur;
    • syarikat telah digulung (winding up);
    • syarikat telah dibubarkan (dissolved);
    • kolam oksidasi;
    • pencawang elektrik atas tanah milik bukan TNB; dan
    • projek

     

    • Hak milik bermasalah yang memerlukan kerjasama pemaju, pemilik tanah, pembeli hartanah dan Badan Pengurusan Bersama (Joint Management Body) iaitu:
      • belum dibuat pindah milik kepada pembeli hartanah;
      • belum dipindah milik kepada hak milik strata individu bagi bangunan berbilang tingkat (strata).

     

     

    Langkah-langkah  yang   telah   diambil   dan   diteruskan   bagi menyelesaikan masalah ini adalah seperti berikut :-

     

    1. Pemantauan secara langsung ke atas prestasi Kutipan Hasil Cukai Tanah Semasa dan Tunggakan Cukai Tanah semua Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Selangor dilaksanakan melalui:-

     

    • Jawatankuasa Teknikal Pemantauan Hasil, Penyusunan Strategi dan Kewangan Unit Hasil Daerah;

     

    • Jawatankuasa Kerja Mengurangkan Tunggakan Cukai Tanah di peringkat Negeri yang dipengerusikan oleh Y.B. Pegawai Kewangan Negeri dan di peringkat Daerah yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah. Jawatankuasa ini telah ditubuhkan pada tahun 2010.

     

    • Jawatankuasa Tunggakan Cukai Tanah Anak Syarikat bagi memantau cukai tanah tertunggak Anak Syarikat/Agensi Kerajaan Negeri.

     

    • Lantikan pasukan Taskforce bagi tujuan Mengurangkan Tunggakan Cukai Tanah di empat (4) Pejabat Daerah dan Tanah kawasan Lembah Klang iaitu Petaling, Klang, Hulu Langat dan Gombak. Taskforce ini telah diwujudkan pada tahun

     

    1. Operasi Bersepadu Mengutip Hasil Tanah (Ops. Kutip) dengan pendekatan berikut:-

     

    • Mengenalpasti serta mengasingkan semua hakmilik (tertunggak) yang bermasalah agar tindakan susulan dapat diambil;

     

    • Program Ketuk Pintu (Knock Door) dengan menghantar notis tuntutan dan surat peringatan terus kepada penunggak-penunggak tegar;

     

    • mengadakan siri perbincangan bersama penunggak-penunggak tegar bagi menyelesaikan cukai tanah tertunggak;

     

    • memberikan peluang kepada penunggak untuk membayar secara ansuran berjadual dengan syarat pembayaran dibuat secara konsisten; dan

     

    • sekiranya penunggak tegar tersebut masih tidak menjelaskan cukai tanah tertunggak, Pejabat Daerah dan Tanah akan menguatkuasakan Notis 6A, Notis Tuntutan Hasil Tertunggak dan sekiranya dalam tempoh 3 bulan ia masih tidak dijelaskan, maka Notis 8A, Rampasan Tanah akan dilaksanakan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.