Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

150) TUNGGAKAN HASIL KERAJAAN NEGERI

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan yang diusahakan oleh Kerajaan Negeri bagi mengutip atau mengurangkan tunggakan hasil kerajaan negeri yang dilaporkan melebihi setengah bilion (RM670.57 juta) pada tahun 2007

    Kerajaan Negeri telah menjalankan pelbagai kaedah dan pendekatan untuk mendapatkan semula tunggakan hasil negeri. Usaha-usaha ini sentiasa dipertingkatkan dari tahun ke tahun. Hasilnya, Laporan audit tahun 2008 telah menunjukkan penurunan tunggakan sebanyak RM125 juta berbanding tahun sebelumnya. Di antara tindakan yang telah diambil adalah seperti berikut:

     

    1. Tindakan terhadap pemilik-pemilik tanah yang bertunggak:

     

    1. Menghantar surat peringatan; ii. Membenarkan bayaran dibuat secara ansuran;

    iii.                 Mengadakan siri perbincangan “Penunggak-Penunggak Tegar” bersama

    Pegawai Daerah secara berkala; iv.        Membuat siasatan maklumat pemilik dengan Jabatan Pendaftaran

    Negara/Suruhanjaya Syarikat Malaysia (jika masih tidak tampil);

    1. Membuat siasatan ke atas tanah (jika pemilik tidak dikenalpasti); dan vi. Mengeluarkan Notis 6A / 8A (Rampasan Tanah).

     

    1. Usaha tambahan bagi menggalakkan bayaran:

     

    2.1 Menambah saluran/ kaedah pembayaran untuk kemudahan pihak pembayar cukai.

     

    Pusat pembayaran secara online:

    1. CIMB ii. MBF Cards iii. RHB Bank
      1. BIMB
      2. AMBANK vi. MAYBANK

    vii.    POS ONLINE

     

     

    Pusat pembayaran di kaunter:

    1. Kaunter semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
    2. Kaunter semua Pejabat Pos di Selangor dan Wilayah Persekutuan

     

     

    2.2 Kempen kesedaran membayar cukai tanah secara menyeluruh melalui beberapa saluran utama:

     

    1. Akhbar-akhbar utama ii. Radio-radio rasmi Kerajaan iii.    Billboard di jalan-jalan utama

     

     

    1. Usaha berterusan menangani tunggakan:

     

    3.1 Menghantar anggota ‘taskforce’ yang diterima daripada Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) ke setiap daerah bagi menyelesaikan tunggakan cukai tanah.

     

    3.2 Mengenal pasti dan mengasingkan semua hak milik (bertunggak) yang bermasalah daripada jumlah tunggakan sedia ada supaya tumpuan dapat diberikan dan tindakan susulan dapat diambil.

     

    3.3 Pembersihan data Sistem Pungutan Hasil Tanah (SPHT) dilakukan dengan perbandingan data Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer (SPBT) bagi mendapat data yang tepat dan terkini.

     

     

    1. Lain-lain usaha Pejabat/Tanah Daerah:

     

    1. Membuka kaunter kutipan di luar pejabat; ii. Membuka kaunter pada waktu rehat; iii.       Hebahan di masjid / tempat Ibadah; dan iv.       Lawatan ke atas tapak tanah/premis bermasalah.

Lampiran

Tiada Lampiran.