TUNGGAKAN HUTANG KEPADA KERAJAAN PERSEKUTUAN
10) TUNGGAKAN HUTANG KEPADA KERAJAAN PERSEKUTUAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila senarai berapakah jumlah tunggakan hutang Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Persekutuan?
Sehingga 31 Disember 2013 (belum diaudit), jumlah keseluruhan tunggakan pinjaman Kerajaan Negeri Selangor kepada Kerajaan Persekutuan adalah sebanyak RM 49,270,000.00 dan perinciannya adalah seperti berikut:
Bil. Butiran Pinjaman Amaun pokok Amaun faedah Jumlah keseluruhan 1. Penjadualan Semula Pinjaman Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR)
28,847,033.45 11,152,966.55 40,000,000.00 2. Penjadualan Semula Projek Bekalan Air (pinjaman dibayar oleh SYABAS)
9,270,000.00 – 9,270,000.00 Jumlah 38,117,033.45 11,152,966.55 49,270,000.00 Pembayaran pinjaman Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Persekutuan (selain daripada pinjaman bekalan air) adalah mengikut keupayaan tunai pada tahun – tahun berkenaan.
