Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

61) TUNGGAKAN KEPADA KERAJAAN NEGERI

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah sebenar yang disumbangkan oleh Kerajaan Negeri kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan berapakah jumlah yang telah diterima dari Kerajaan Pusat bagi tempoh suku tahun ketiga 2012. Nyatakan jumlah yang masih tertunggak kepada Kerajaan Negeri ?

    Mengikut rekod statistik yang diberikan Jabatan Perangkaan, Selangor terus kekal menjadi penyumbang terbesar kepada KDNK Malaysia melebihi 20% dari tahun 2008 hingga 2012 membuktikan kecekapan tadbir urus (good governance) dan pengurusan kewangan yang cemerlang diamalkan Kerajaan Negeri. Berdasarkan jadual di bawah, peratusan sumbangan Selangor kepada jumlah keseluruhan KDNK negara tertinggi adalah pada tahun 2010 iaitu sebanyak 23%.

    TAHUN PERATUS SUMBANGAN SELANGOR KEPADA KDNK NEGARA
    2005   21.4
    2006 21.2
    2007   21.5
    2008 22.1
    2009   21.4
    2010 23.0

    Sumber : Jabatan Perangkaan

    Jumlah terimaan Kerajaan Negeri daripada Kerajaan Pusat bagi tempoh suku tahun ketiga 2012 (Januari – September 2012) adalah sebanyak RM364,305,436.00. Perincian jumlah terimaan seperti jadual di bawah:

    BIL.        
      JENIS PEMBERIAN   CATATAN
    JAN-SEPT 2012
           
    1. Pemberian Jalanraya (MARRIS) 295,713,165.00 Bayaran Bulan Sept. telah diterima pada 3 Sept. 2012
    2. Pemberian           Berdasarkan          Tahap

    Pembangunan Ekonomi, Infrastruktur dan Kesejahteraan Hidup

    0.00 Telah diterima sejumlah RM7,000,000.00 pada 31 Oktober 2012 dan sebanyak RM3,175,000.00 dikontra sebagai bayaran balik pendahuluan MOF
    3. Pemberian Bayaran Perkhidmatan 10% Kerana Penglibatan Kakitangan Kerajaan

    Negeri Dalam Melaksanakan ProjekProjek Persekutuan

    11,088,181.00 Telah diterima pada 15 Ogos 2012
    4. Pemberian Perbelanjaan Mengurus Jabatan Persekutuan (50%) 0.00 Telah dihantar ke Jabatan Audit Negara

    Cawangan Negeri Selangor pada 12 Julai 2012

    5. Pemberian Tahunan Selangor 25,805,640.00 Diterima pada 11 Jan 2012
    6. Pemberian Mengikut Bilangan Penduduk 31,698,450.00 Bayaran pertama telah diterima pada 11 Jan 2012
    7. Pemberian Pertambahan Hasil 0.00 Telah diterima sejumlah RM31,055,485.00 pada 24 Oktober 2012 dan sebanyak RM3,175,000.00 dikontra sebagai bayaran balik pendahuluan MOF
      Jumlah Keseluruhan 364,305,436.00  

    TERIMAAN  (RM)

     

Lampiran

Tiada Lampiran.