Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

221) TUNTUTAN AIR PERCUMA

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Dato' Dr. Hasan Bin Mohamed Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Ugutan beliau untuk menyaman rakyat Selangor disebabkan mereka menuntut air percuma seperti yang dijanjikan. Menteri Besar dilaporkan enggan membayar tunggakan air percuma bagi penghuni rumah pangsa dan kondominium yang menggunakan meter pukal. Wajarkah rakyat dibawa ke mahkamah kerana membuat tuntutan air percuma seperti yang dijanjikan dalam manifesto Pakatan Rakyat menjelang PRU ke 12?

    Fakta ini perlu diperbetulkan, bukan Kerajaan Negeri yang menyaman rakyat, sebaliknya sekumpulan pengguna yang belum menerima subsidi air percuma telah menyaman Kerajaan

     

    Pendirian Kerajaan Negeri ialah untuk tidak menghalang mana-mana pengguna air di negeri ini mengambil tindakan undang-undang terhadap Kerajaan Negeri berhubung subsidi air percuma. la boleh dijadikan kes ujian bagi mendapatkan pandangan mahkamah berhubung bantuan yang diberikan kepada rakyat yang mana tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.

     

    Sebagai contoh, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), jika calon penerima tidak menepati syarat-syarat yang ditetapkan, adakah beliau masih dibenarkan untuk menerima bantuan tersebut. Isu ini perlu diputuskan di mahkamah.

     

    Pengguna air yang tinggal di rumah pangsa atau flat boleh menikmati air percuma sekiranya menukar meter pukal kepada individu yang tidak memerlukan kos seperti didakwa sebelum ini. Penghuni-penghuni kawasan berkenaan hanya perlu bersetuju membuat pertukaran.

     

    Kerajaan negeri telah berbincang dengan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan Syabas bersetuju membenarkan penukaran meter itu dilakukan

Lampiran

Tiada Lampiran.