Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

190) TV SELANGOR

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Dr. Cheah Wing Yin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berkenaan TV Selangor, ia merupakan suatu cara jentera Kerajaan Negeri Selangor berhubung dengan anak Selangor dan penduduk-penduduk persekitaran. Adakah ia berkesan dalam pelaksanaannya. Siapakah (agensi/jawatankuasa) yang memantau keberkesanannya, dan pernahkah laporan masa semasa dibuatnya?

    Buat masa ini, TV Selangor.com bergantung kepada sistem CMS (Contents Management System) server yang digunakan dan juga analisis Google untuk sesawang berita bagi tujuan menilai prestasinya.

     

    Menurut CMS, prestasi TV Selangor.com mencatatkan 8,278,043 capaian (HITS) sejak Mac 2009. Ia juga merekodkan sejumlah 111,308 lawatan dan ada 50,728 pelawat unik.

     

    54% pelawat TV Selangor.com menonton siarannya di antara 30 saat hingga lebih satu jam, puratanya setiap pelawat meluangkan 11 minit dua saat (672) saat di sesawang TV Selangor.com.

     

    Sejak dilancarkan dengan rasminya pada 19 Mei 2009, belum ada kempen promosi besar-besaran dikendalikan untuk TV Selangor.com, bagaimanapun kempen khusus akan dimulakan pada Januari 2010.

     

    Namun berdasarkan maklum balas pelawat yang menyertai pungutan pendapat TV Selangor.com, sambutan adalah menggalakkan.

     

    Kajian berstruktur juga sedang dijalankan dengan kerjasama penyelidik dari Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) dan Universiti Malaya (UM) berhubung capaian TV Selangor.com di kalangan rakyat Selangor khususnya dan warga maya amnya.

     

    Ada sebuah Jawatankuasa Penasihat Editorial terdiri daripada lantikan Kerajaan Negeri dibentuk untuk memberi Input dan membimbing hala tuju TV Selangor.com.

Lampiran

Tiada Lampiran.