Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

234) UNDANG-UNDANG HUDUD

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah undang-undang hudud sesuai dilaksanakan di Selangor?

    Hukum hudud adalah hukum yang telah ditetapkan di dalam Al-Quran dan adalah menjadi kewajipan kepada setiap pemerintah yang mempunyai kekuasaan dan keupayaan untuk melaksanakannya.

    Namun demikian, dalam konteks Negeri Selangor yang mempunyai masyarakat yang berbilang kaum, maka perlaksanaan hukum hudud memerlukan kefahaman dan penerimaan oleh semua lapisan masyarakat.

    Walau pun hukuman ini belum dilaksanakan, Kerajaan Negeri Selangor melalui Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mempunyai komitmen yang tinggi untuk melaksanakan maqasid syariah yang lain.  Pelaksanaan hukum hudud boleh ditangguhkan jika timbul kecelaruan di dalam masyarakat.

Lampiran

Tiada Lampiran.