Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

92) UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Memandangkan Kerajaan Negeri Sembilan sedang meninjau kemungkinan untuk meminda Undang-undang Keluarga Islamnya untuk mengatasi masalah hak jagaan anak akibat pertukaran agama salah seorang daripada pasangan bukan Islam ke dalam Islam, adakah kerajaan Selangor sedang menuju ke arah usaha yang sama?

    Bagi menangani isu-isu  yang  berbangkit  daripada  pertukaran  agama  pasangan yang berkahwin di bawah undang-undang sivil, Jabatan Peguam Negara telah mengambil inisiatif di peringkat Persekutuan untuk membentangkan cadangan pindaan terhadap Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984 [Akta 303] ke negeri-negeri di seluruh Malaysia termasuk di Selangor. Wakil Jabatan Peguam Negara telah membentangkan cadangan pindaan terhadap akta tersebut yang mempunyai peruntukan yang sama dengan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 di dalam Mesyuarat MAIS Khas Bil 2/2015 yang bersidang pada 3 Julai 2015. Mesyuarat tersebut secara dasarnya telah bersetuju dengan cadangan-cadangan pindaan akta tersebut dan meminta supaya cadangan pindaan akta tersebut disembahtaklimatkan ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor untuk mendapatkan perkenan.

    Seterusnya, selepas diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, MAIS akan memperhalusi cadangan pindaan tersebut khususnya pindaan terhadap Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 untuk mengatasi masalah hak jagaan anak akibat pertukaran agama salah seorang daripada pasangan bukan Islam ke dalam Islam.

Lampiran

Tiada Lampiran.