Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

263) UNIFIED EXAMINATION CERTIFICATE (UEC)

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini pengiktirafan UEC di UNISEL?

    UNISEL telah memohon kepada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) berkaitan tambahan syarat kemasukan menggunakan sijil UEC bagi kursus pengajian pada 21 April 2016. Berdasarkan maklum balas KPT bertarikh 20 Julai 2016, permohonan tersebut masih dalam proses pertimbangan dan sebaran keputusan akan dimaklumkan kemudian.

    Selain UNISEL, institusi di bawah Kerajaan Negeri iaitu KUIS dan INPENS telah menerima kemasukan pelajar yang mempunyai sijil UEC untuk melanjutkan pengajian di kedua-dua institusi tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.