Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

1) UNISEL

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan negeri akan menyediakan suatu 'turnaround plan' untuk menaik-taraf mutu kursus akademik di UNISEL?

    ‘Turnaround plan’ merupakan salah satu prosidur yang perlu dilalui secara berkala bagi memastikan setiap program yang ditawarkan sesuai dan memenuhi keperluan industri. Semua aspek akademik yang terlibat akan dikaji bagi memastikan mutu kursus akademik di UNISEL mendapat pengiktirafan MQA (Malaysian Qualification Agency);

     

    UNISEL mempunyai lebih kurang 70 program yang telah mendapat akreditasi penuh daripada MQA. Selebihnya masih dalam proses untuk memperolehi akreditasi atau menunggu tarikh matang untuk permohonan akreditasi;

     

    UNISEL juga telah memperolehi penarafan ‘SETARA Tier 5 – Cemerlang’(2014) daripada pihak MQA daripada SETARA Tier 4(2013). Kenaikan penarafan ini memperlihatkan bahawa mutu akademik UNISEL dikaji secara berkala untuk memenuhi keperluan industry dan mengemaskini mutu

     

    a) Sesuatu `turnaround plan’ pastikan memerlukan tempoh tertentu dan ini ditetapkan oleh pihak MQA sendiri.Universiti harus mengikuti tempoh yang ditetapkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.