Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

127) UNISEL DAN INPENS

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Langkah-langkah yang diambil untuk memperkenalkan UNISEL dan INPENS kepada masyarakat.

    i. Mengambil bahagian yang aktif dalam program Khidmat Kerjaya Belia Negeri Selangor. Program ini antara lain memperkenalkan peluang pendidikan serta latihan kemahiran kepada belia-belia di Negeri Selangor. Disamping peluang pendidikan para belia juga diperkenalkan dengan pakej bantuan pendidikan yang disediakan.
    ii. Mengambil bahagian dalam pameran-pameran pendidikan. Antaranya Ekspo
    Kerjaya Industri 2008 (ICE 2008) di Shah Alam.
    iii. Mengadakan pameran pendidikan serta penerangan di sekolah menengah sekitar Negeri Selangor.
    iv. Mengadakan kerjasama dengan agensi di bawah kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam usaha memperkenalkan INPENS. Antaranya Lembaga Zakat Selangor, Yayasan Selangor dan Majlis Daerah Kuala Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.