Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

287) UNISEL

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah UNISEL akan memberi rebat atau pengurangan fi kepada pelajar akibat covid-19?

    Pemberian rebat dan pengurangan fi kepada pelajar tidak dapat dipertimbangkan setelah mengambil kira bahawa kos pelaksanaan operasi yang perlu dibiayai oleh pihak Universiti sendiri agar mematuhi protokol dan prosedur Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara (SOP) dalam kepentingan keselamatan dan kesihatan warga Universiti dan komuniti. Tambahan pula, proses pembelajaran dan pengajaran (P&P) masih dilaksanakan mengikut ketetapan pihak berwajib, walaupun dengan kaedah yang berbeza, iaitu melalui pembelajaran dalam talian.

    Untuk makluman YB, Universiti masih menanggung kos operasi pentadbiran yang tidak berkurangan bagi menyelenggara semua kemudahan termasuk bilik kuliah, makmal, bengkel, perpustakaan, studio, dan kemudahan pusat sukan. Perkara ini perlu dilaksanakan untuk memastikan keadaan Universiti terurus dan mengekalkan tanpa menjejaskan keselamatan dan kesihatan warga Universiti.

    Selain itu, pihak pentadbiran Universiti sentiasa memastikan kampus beroperasi dengan baik dan operasi pentadbiran dapat diteruskan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Malahan pihak Universiti perlu menanggung kos pelaburan bagi perkakasan awan (cloud computing) untuk staf bekerja dari rumah, perisian, jalur lebar, sistem pengurusan pembelajaran dalam talian, e-sumber agar kaedah pembelajaran dan pengajaran dalam talian berjalan lancar.

Lampiran

Tiada Lampiran.