Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

27) UNIT TINDAKAN DENGGI (UTD)

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan tanggungjawab dan peranan UTD?

    Unit Tindakan Denggi adalah salah satu langkah proaktif yang diwujudkan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam dan diperluaskan ke semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi mengawal peningkatan kes demam denggi di negeri Selangor.

    Unit ini diwujudkan apabila satu lokaliti mempunyai 100 kes atau tempoh wabak melebihi 100 hari. Tanggungjawab UTD adalah untuk memastikan lokaliti yang dipilih terkeluar daripada senarai hotspot dengan melaksanakan aktiviti kawalan dan pencegahan dalam tempoh 3 bulan. UTD berperanan untuk mencari punca utama yang menyumbang kepada peningkatan kes denggi dan menyelesaikan masalah tersebut.

    Selain itu, UTD akan membuat pemeriksaan dari rumah ke rumah untuk memastikan tiada pembiakan aedes di dalam rumah serta memberi pendidikan asas mengenai tempat-tempat yang berpotensi untuk membiak aedes.

Lampiran

Tiada Lampiran.