Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

277) UNIT TINDAKAN DENGGI

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah usaha yang lebih digiatkan oleh Kerajaan Negeri bagi memerangi masalah denggi di Selangor?

    Pelbagai usaha telahpun dijalankan oleh Kerajaan Negeri bersama–sama agensi yang terlibat seperti Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS), Pejabat Daerah dan Tanah (PDT), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Pejabat Kesihatan Daerah dan agensi di peringkat negeri dan daerah bagi memerangi wabak denggi di Negeri Selangor. Usaha berterusan yang dilaksanakan adalah seperti berikut:

    1. Mengadakan Mesyuarat Tindakan Denggi Peringkat Negeri secara dwi mingguan untuk membincangkan masalah denggi dan dasar-dasar baru yang akan dilaksanakan di semua peringkat; 
    2. Mengadakan Mesyuarat Denggi Peringkat Daerah pada setiap minggu yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah atau wakilnya. Mesyuarat ini melibatkan semua agensi di daerah tersebut termasuk PTD, PBT, PKD, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Jabatan Pengairan dan Saliran daerah
    3. (JPS), wakil Hospital, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Pejabat Agama Islam Daerah (PAID), Ahli Majlis dan Penghulu, membincangkan kaedah penyelesaian sesuatu isu di kawasan wabak terutama hotspot dan tindakan segera yang perlu dilakukan. Semua PDT dipertanggungjawabkan menyelesaikan punca-punca pembiakan aedes dengan serta merta dengan menggunakan peruntukan yang telah diberikan, iaitu berjumlah RM350,000.00;
    4. Menyediakan Blueprint Menangani Wabak Denggi yang telah mengenal pasti 8 garis panduan untuk tindakan semua PBT dan akan melibatkan semua Agensi di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor; 
    5. Melibatkan ADN dengan memperuntukkan sebanyak RM10,000 setiap kawasan bagi menjalankan aktiviti pencegahan di kawasan masingmasing. Kos keseluruhan bagi program ini adalah sebanyak RM560,000.00;
    6. Menggalakkan penglibatan Ahli Majlis di peringkat PBT dalam melaksanakan aktiviti pencegahan seperti mengadakan gotong-royong di kawasan masing-masing;
    7. Melantik Pest Controller Operator (PCO) di setiap PBT dengan peruntukan sebanyak RM2.66 juta pada tahun ini bagi membantu kerjakerja kawalan dan pencegahan denggi;
    8. Mengadakan taklimat denggi kepada semua pemaju dan syarikat PCO di tapak bina di setiap PBT bagi menerangkan kawasan-kawasan yang berpotensi berlakunya pembiakan jentik-jentik; 
    9. Mengadakan taklimat kepada kontraktor pembersihan di kawasan sekolah-sekolah dan kawasan PBT bagi menerangkan kawasan yang perlu diambil perhatian semasa membuat pembersihan dan kaedah menghapuskan tempat pembiakan Aedes;
    10. Mengeluarkan notis pembersihan kepada pemilik tanah persendirian dan premis kotor yang berpotensi berlaku pembiakan jentik-jentik supaya tidak menjadi tempat pembuangan sampah haram dan tempat pembiakan Aedes;
    11. Menggunakan sistem kawalan baru yang dikenali sebagai Eco-System yang telah dipraktikkan di daerah Petaling, di mana sistem kawalan ini menunjukkan keberkesanannya dengan penurunan hampir 50% kes. Daerah Hulu Langat akan menjadi daerah kedua yang menggunakan kaedah ini di dalam kerja-kerja kawalan denggi bermula bulan Julai 2017; 
    12. Menubuhkan Risk Assesment Team (RA Team) bagi membuat penilaian risiko kawalan penyakit di kawasan wabak tidak terkawal dan hotspot. Aktiviti yang dijalankan adalah menilai risiko potensi dan punca tempat pembiakan nyamuk, parameter merebak wabak, impak penyakit dikawasan sekitar dan kawalan jangka masa pendek dan panjang; 
    13. Melaksanakan OPS Denggi Selangor iaitu mengumpulkan semua PBT bagi tempoh 2 bulan untuk bersama-sama melaksanakan aktiviti pencegahan dan kawalan di daerah kritikal seperti daerah Hulu Langat. Ops Denggi Selangor ini akan bermula pada 22 Julai 2017 dan akan dilaksanakan pada setiap hujung minggu;
    14. Mengeluarkan notis pembersihan kepada pemilik tanah persendirian dan rumah kosong supaya kawasan persekitaran tidak menjadi tempat pembiakan nyamuk dan kacau gangguan
    15. Mewujudkan Pasukan Kawalan Pantas bagi membersih sampah longgok yang menjadi punca pembiakan nyamuk di lokaliti wabak dan hotspot denggi;
    16. Memperluaskan lagi Kempen Semburan Aerosol Selangor di rumahrumah dan pengangkutan awam pserta menggalakkan penggunaan repellant kepada orang awam semasa berada di kawasan wabak denggi;
    17. Mengadakan ‘pondok panas’ di tempat tumpuan awam seperti pasar malam dalam usaha menyampaikan mesej kesihatan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat untuk mengambil langkah kawalan dan pencegahan denggi; 
    18. Melaksanakan kempen bercorak baru agar mampu menarik minat orang awam bagi bersama-sama membantu di dalam pencegahan denggi seperti LOBBA (Lorong Belakang Bebas Aedes) , OZEL (Operasi Zero Larva), Program Tadika Sejahtera Indah dan Hijau (TASBIH) dan sebagainya; dan
    19. Menghasilkan inovasi baru bagi memerangi denggi yang dicipta oleh Majlis Perbandaran Sepang (MPSP) iaitu menghasilkan Aedes Biovase Fuel (ABBF) iaitu penghasilan bahan racun daripada minyak masak terpakai.

Lampiran

Tiada Lampiran.