Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

81) UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR (UNISEL)

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah benar UNISEL menghadapi kemerosotan pelajar-pelajar yang memasuki Universiti tersebut. Apakah faktor yang menyebabkan kemerosotan tersebut?

    Faktor-faktor mempengaruhi jumlah peratusan pengambilan pelajar UNISEL adalah
    seperti berikut:-
    1) Syarat Kelayakan Masuk yang lebih tinggi
    Pada peringkat awal penubuhan UNISEL, pihak Universiti telah menetapkan syarat
    kemasukan minima iaitu 3 kredit bagi program diploma.
    UNISEL mula melalui fasa kedua pada tahun 2009 di mana pihak Universiti telah
    menetapkan sasaran untuk mendapatkan jumlah pelajar yang lebih berkualiti.
    Sehubungan itu, mulai tahun 2009 syarat kemasukan minima telah dipertingkat kepada
    5 kredit bsgi program diploma.
    Perubahan syarat ini telah mengurangkan jumlah permohonan sebanyak 7.9%. Walau
    bagaimanapun, jumlah penawaran telah meningkat sebanyak 3.3% berbanding tahun
    2008. Manakala peratusan penerimaan masih kekal sebanyak 14% bagi tahun 2008
    dan 2009.
    2) Proses Pemilihan yang lebih ketat
    Sejajar hasrat pihak Universiti untuk mendapatkan pelajar yang berkualiti proses
    pemilihan turut diperketatkan. Sesi temuduga telah diperkenalkan bagi programprogram di bawah Fakulti Seni Lukis & Seni Reka. Sehubungan itu, hanya calon yang
    berjaya dalam proses temuduga tersebut akan ditawarkan tempat di UNISEL.
    3) Penetapan Kapasiti Pelajar bagi setiap program
    Pihak fakulti telah menetapkan kapasiti bagi setiap program dalam usaha untuk
    memastikan fasiliti fakulti dapat menampung jumlah pelajar.

Lampiran

Tiada Lampiran.