Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

177) UNIVERSITI MADINAH DI CYBER JAYA, SEPANG

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Ada ura-ura pihak Universiti Madinah akan membuka cawangannya di Cyber Jaya, Sepang. Sejauh manakah perancangan sudah dilaksanakan?

    Pada masa ini projek ini masih di peringkat perancangan walaupun tapak cadangan pembangunan yang sesuai telah dikenal pasti di Cyberjaya dengan keluasan 65.75 ekar. Sehingga kini pihak Majlis Perbandaran Sepang masih belum menerima pelanpelan pembangunan (pelan kebenaran merancang, pelan bangunan, pelan kerja tanah dan Infra) untuk projek tersebut daripada pihak Al-Madinah International University (Mediu) di Cyberjaya.

Lampiran

Tiada Lampiran.