Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

36) UNIVERSITI SELANGOR (UNISEL)

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Syamsul Firdaus Bin Mohamed Supri

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri serius untuk memartabatkan status UNISEL?

    Kerajaan Negeri Selangor sentiasa berusaha untuk membantu meningkatkan kualiti Pendidikan di Negeri Selangor khususnya ke arah memartabatkan institusi pendidikan di bawah kerajaan negeri seperti UNISEL. Melihat kepada keseriusan itu dari tahun 2016 hingga kini sejumlah RM40 juta telah diperuntukan untuk pembangunan infrastruktur UNISEL bagi memastikan kemudahan fasiliti yang lebih baik dan kondusif dapat disediakan. Selain itu, turut diberikan ialah dalam bentuk penajaan dan pembiayaan pendidikan untuk pelajar-pelajar yang bekelayakan yang menuntut di UNISEL oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi menggalakan lepasan sekolah untuk melanjut pengajian di UNISEL.

    Melalui aspek pembangunan mahasiswa kerajaan negeri sentiasa berkerjasama dengan UNISEL dalam melaksanakan program-program pemantapan mahasiswa dari aspek pendidikan, kepimpinan dan modal insan bagi meningkatkan keboleh pasaran mahasiswa. Dengan kerjasama yang erat ini kerajaan negeri berharap ia menjadi satu sinergi untuk memartabatkan UNISEL Selangor di peringkat nasional dan antarabangsa.

Lampiran

Tiada Lampiran.