Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

228) UNJURAN HASIL PREMIUM TANAH

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah unjuran hasil daripada premium tanah untuk 10 tahun akan datang?

    Merujuk pertanyaan berkaitan, unjuran hasil daripada premium tanah untuk 10 tahun akan datang. Untuk makluman, pihak Kerajaan Negeri  hanya membuat unjuran berdasarkan Notis 5A dan 7G yang dikeluarkan dan unjuran ini dirangka pada setiap tahun di dalam Bengkel Halatuju Pentadbiran Tanah yang dipengerusikan oleh YB. Setiausaha Kerajaan Negeri.

     

    Unjuran bagi tempoh 10 tahun tidak dapat dirangka dalam tempoh terdekat kerana isu berkaitan dengan hal-hal tanah melibatkan pihak-pihak yang berada di luar kawalan atau bidang kuasa Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri tiada kuasa untuk mengarahkan pemilik tanah membangunkan tanah mereka.

     

    Sekiranya terdapat permohonan pembangunan tanah yang diterima oleh Pihak Berkuasa Negeri, pemilik tanah tidak boleh membangunkan tanah mereka selagi mana tiada sebarang pembayaran premium dijelaskan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.