Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

57) UPAH KERANI KAWASAN, PEMBANTU, PEGAWAI TADBIR PUSAT KHIDMAT ADN DAN ANGGOTA-ANGGOTA MMKN

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan nama dan upah bulanan yang dibayar kerajaan kepada setiap kerani kawasan yang ditempatkan di setiap Pusat Khidmat AND sehingga September 2013.

    Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 28 Ogos 2013 telah meluluskan agar sejumlah RM10,000.00 sebulan (maksimum siling) diperuntukkan kepada setiap YB. Ahli Dewan Negeri (ADN) bagi menyelaraskan bayaran gaji termasuk caruman KWSP untuk tiga (3) orang Pembantu Tadbir (Kerani Kawasan) masing-masing pada kadar RM2,000.00 seorang sebulan. Baki sebanyak RM4,000.00 hendaklah digunakan bagi pembayaran elaun pejabat dan telefon, dan selebihnya bagi menampung penambahan kepada bayaran gaji yang telah ditetapkan (RM2,000.00 seorang) jika

     

    Berikut adalah senarai nama Pembantu Tadbir (Kerani Kawasan) yang dilantik sehingga September 2013 seperti di Lampiran ‘A’.

Lampiran

Tiada Lampiran.