Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

202) URBAN MICROCREDIT SCHEME (SKIMSEL)

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila bekalkan laporan kewangan SkimSEL termasuk: jumlah peminjam, jumlah pinjaman, jumlah pendapatan dari penerimaan faedah, jumlah hutang luput, kos pentadbiran dll.

    Skim Mikrokredit Selangor (SKIMSEL) telah ditubuhkan pada bulan Ogos 2010 dan seterusnya dilancarkan pada 2 September 2010. SKIMSEL telah diamanahkan untuk membantu golongan miskin dan berpendapatan rendah di kawasan luar bandar dan di kampung-kampung tradisi sahaja.

    Sehingga kini, SKIMSEL telah mempunyai sembilan (9) buah cawangan yang beroperasi di 9 daerah di negeri Selangor iaitu Cawangan Sabak Bernam, Cawangan Kuala Selangor, Cawangan Hulu Selangor, Cawangan Hulu Langat, Cawangan Kuala Langat, Cawangan Sepang, Cawangan Gombak, Cawangan Petaling dan Cawangan Klang. Semua pejabat cawangan beroperasi di Bangunan Pejabat dan Tanah Daerah masing-masing.

    Jumlah dana yang telah diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri kepada SKIMSEL adalah sejumlah RM50 juta. Sehingga 30hb April 2013, SKIMSEL telah menerima peruntukan dana sebanyak RM22.4 juta. Dengan dana yang ada SKIMSEL telah berjaya mengeluarkan pembiayaan mikrokredit dengan bilangan akaun pembiayaan sebanyak 16,099 berjumlah RM50,582,050.00 kepada 7,610 orang peserta atau sadiq.

    SKIMSEL sentiasa berusaha untuk mengekalkan kadar bayaran balik pembiayaan pada tahap 100 peratus (zero PAR) bagi operasi di semua cawangan. Sehingga kini, kadar bayaran balik SKIMSEL berada pada tahap 98.34 peratus.

    Berikut adalah maklumat berkaitan sadiq dan pengeluaran pembiayaan mengikut daerah atau cawangan SKIMSEL:

    CAWANGAN SADIQ BIL PEMBIAYAAN JUMLAH PEMBIAYAAN
    Sabak Bernam 1,144 3,093 9,871,100.00
    Hulu Selangor 1,059 2,297 7,880,800.00
    Kuala Selangor 1,223 2,368 6,754,850.00
    Hulu Langat 1,281 2,279 7,014,200.00
    Kuala Langat 1,159 2,338 7,846,500.00
    Sepang 832 1,981 6,053,500.00
    Gombak 187 302 874,000.00
    Petaling 357 827 2,558,500.00
    Klang 368 614 1,728,600.00
    SKIMSEL 7,610 16,099 50,582,050.00

Lampiran

Tiada Lampiran.