Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

251) URUSAN PENGURUSAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Pihak Berkuasa Tempatan menjalankan tugas mengikut Akta Kerajaan Tempatan dan juga Undang-undang Kecil yang digazetkan. Walau bagaimanapun beberapa polisi seperti penawaran kerja inden, pengendalian mesyuarat, peruntukkan kewangan pembangunan masih berbeza di antara satu pihak berkuasa tempatan dengan yang lain. Kenapakah perbezaan pengurusan seperti di atas berlaku ?

    1. Pada dasarnya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mempunyai kuasa-kuasa  tertentu  untuk menentukan urusan pentadbiran mereka sendiri berdasarkan  keputusan  Mesyuarat Penuh Majlis. Walau bagaimanapun Pihak Berkuasa Negeri boleh  memberikan arahan am selagi ia tidak bercanggah dengan Akta  Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Kerajaan Negeri dari masa ke semasa mengeluarkan pekeliling yang bertujuan menyelaras pelaksanaan dasar semasa. Lanjutan daripada itu, pekeliling yang dikeluarkan adalah menjurus kepada pengurusan majlis manakala isu berkaitan operasi majlis terletak di bawah kuasa Datuk Bandar atau Yang Dipertua untuk menentukannya selagi ia tidak bercanggah dengan perundangan semasa. Ini perlu kerana keperluan, status kewangan dan senario tempatan di setiap PBT adalah berlainan di antara PBT. Ada perkara-perkara yang boleh diseragamkan tetapi ada juga perkara-perkara yang perlu ditentukan oleh pihak PBT sendiri berdasarkan kepada kesesuaian melalui Mesyuarat Penuh

Lampiran

Tiada Lampiran.