Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

197) URUSAN SEKOLAH RENDAH AGAMA KAMPUNG CHERAS BARU

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah peruntukan yang Kerajaan Selangor sediakan untuk membaiki dan menambahkan bilik kelas sekolah rendah agama di Selangor?

    Sebagaimana diluluskan oleh Dewan Negeri Selangor, peruntukan yang diterima oleh Jabatan Agama Islam Selangor bagi Vot P14 01021: Baikpulih Sekolah Agama bagi tahun 2016 adalah berjumlah RM2,499,700.00.

Lampiran

Tiada Lampiran.