Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

101) URUSTADBIR ANAK SYARIKAT BERHEMAH

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Merujuk kepada Usul 20 Tahun 2010 berkenaan urus tadbir anak-anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor: Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan seseorang Ketua Eksekutif tidak menjadi Ahli Lembaga Pengarah kepada terlalu banyak syarikat sedangkan peraturan hanya membenarkan 3 syarikat subsidiari sahaja (Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3/1985)?

    Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3/1985 merujuk kepada Garis Panduan Mengenai Perlantikan dan Peranan Pegawai Kerajaan Sebagai Pengerusi, Ketua Eksekutif dan Ahli-ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Awam, Syarikat-syarikat Kerajaan/ Kepentingan Kerajaan.

    Pelantikan Ketua Eksekutif sebagai Ahli Lembaga kepada anak-anak  syarikat Kerajaan Negeri kebanyakannya adalah berdasarkan kepada jawatan yang disandang oleh Ketua Eksekutif tersebut di mana terdapat peruntukan ataupun kelulusan dalam syarikat tersebut yang memerlukan Ahli Lembaga Pengarah perlulah terdiri daripada penyandang jawatan seperti YAB Dato’ Menteri Besar, YB Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Pegawai Kewangan Negeri dan YB Pegawai Undang-undang.

    Berdasarkan nisbah Ketua Eksekutif berbanding lebih daripada 50 anak syarikat/ badan berkanun di Negeri Selangor, terdapat keperluan Ketua Eksekutif memegang lebih dari 3 syarikat subsidiari bagi memastikan dasar-dasar am dan ekonomi Kerajaan dan Kerajaan Negeri dilaksanakan oleh badan-badan tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.