Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

203) URUSTADBIR BAIK

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila jelaskan keberkesanan sistem Digital Open Government dalam memastikan aduan awam seperti kutipan sampah, jalan berlopak, keselamatan awam dan sebagainya menerima perhatian dan tindakan segera olah Pihak Berkuasa Tempatan

    Sistem Digital Open Government yang digunakan dalam pengurusan aduan  awam di Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor adalah melalui Sistem Talian Aduan Rakyat Selangor (STARS). Sistem ini membolehkan orang awam menyampaikan aduan atau cadangan dengan mudah melalui portal yang khusus kepada organisasi yang terlibat. Portal ini juga seterusnya memudahkan orang ramai kerana hanya perlu mengingati satu portal pengaduan sahaja selain mudah capai pada bila-bila masa dan di mana sahaja yang mempunyai capaian Internet.

     

    Pemantauan terhadap aduan juga dapat dibuat dan aduan dapat disalurkan dengan pantas kepada jabatan/agensi terlibat. STARS juga membantu dalam pengurusan aduan dan maklumbalas orang awam di Selangor secara berpusat dan elektronik sepenuhnya.

     

    Pengendalian aduan melalui sistem ini dilihat amat berkesan dalam memastikan aduan yang diterima dapat diselesaikan dalam kadar segera. Untuk tahun 2015, jumlah aduan yang diterima adalah sebanyak 462,294 aduan dengan peratus penyelesaian pada 31 Disember 2015 sebanyak 81.26%.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.